Bengkel Media Sosial Malaysia – Berapa Banyak Media Sosial yang Perlu Saya Guna?

Hari ini saya akan menjawab soalan yang paling kerap ditanya dan ia merupakan soalan yang paling kerap ditanya di sini, di akaun media sosial saya, iaitu “Berapa banyak akaun media sosial yang diperlukan sebenarnya?” Dan yang paling penting, di Malaysia, platform media sosial yang mana merupakan yang terbaik untuk difokuskan oleh syarikat.

 

Soalan yang bernas. Terdapat lambakan platform media sosial di luar sana dan platform baru muncul setiap hari. Anda mungkin perasan yang saya agak aktif di beberapa media sosial, hampir kesemuanya. Sebabnya adalah saya menguruskan sendiri perniagaan saya sebagai pereka dan content marketer jadi saya diberi peluang untuk menyusun masa saya. Tapi sebenarnya, saya hanya meluangkan sedikit masa di media sosial dari apa yang anda mungkin jangkakan. Saya bijak menguruskan masa saya. Anda sepatutnya hanya menggunakan tidak lebih daripada 3 atau 4 platform terpenting untuk anda. Jadi anda perlu berada di platform media sosial yang digunakan oleh pelanggan anda supaya anda boleh memperoleh nilai perniagaan dan memberi nilai yang diperlukan pelanggan anda. Itulah matlamat utama anda.

Seterusnya, yang kedua, anda perlu gunakan kekuatan anda. Anda perlu gunakan media sosial yang berkesan untuk anda. Jika anda tidak selesa berada dalam video, dan YouTube bukan lah untuk anda. Saya mungkin akan sangkal anda dengan mengatakan yang ada cara lain untuk anda libatkan diri dengan YouTube, saya masih rasa ia merupakan satu platform yang hebat. Saya mungkin perlu rakam satu video untuk mengajar teknik supaya anda selesa di hadapan kamera supaya anda boleh menyertai YouTube dan dapat segala nilai yang mampu membantu hidup anda. Ia juga merupakan cara yang hebat untuk mengembangkan perniagaan anda, tetapi anda masih tidak selesa dengannya. Anda mungkin lebih selesa dengan Twitter atau pun medium.com dan menulis artikel menggunakannya, atau anda pandai mengambil gambar jadi mungkin Instagram untuk anda atau pun Pinterest dan mungkin beberapa platform lain yang mungkin sesuai untuk anda.

LinkedIn Hanyalah Online Rolodex??

Anda boleh jadi sangat kreatif dengan Snapchat tanpa perlu menunjukkan muka anda. Jelasnya anda boleh memasarkan perniagaan anda di Facebook dengan efektif. Secara amnya, saya berpendapat yang ada platform teras yang perlu anda gunakan. Jika anda merupakan usahawan profesional, LinkedIn merupakan platform penting, tapi ia merupakan rolodex di publishing platform jadi gunakannya dengan bijak dan kreatif. Twitter juga bagus kerana ia boleh digunakan untuk berinteraksi dengan orang lain dalam real time malah saya juga meluangkan banyak masa di Twitter.

Saya sebenarnya gemarkan Twitter sebagai platform teras. Jadi jika anda bercadang untuk menggunakan lima platform, pastikan LinkedIn termasuk dalam senarai itu, tapi tak semestinya anda perlu meluangkan masa setiap hari di LinkedIn. Anda boleh sahaja luangkan masa selama dua kali seminggu dan itu sahaja sudah cukup. Luangkan masa tidak lebih dari 5 minit di LinkedIn, jadi meluangkan masa di LinkedIn tidak menggunakan banyak masa anda. Itu yang sebenarnya mengelirukan kebanyakan orang. Saya perlu rakam video menerangkan hal ni, berkenaan persepsi yang media sosial menggunakan banyak masa anda. Anda boleh gunakan Twitter semasa beratur di bank seperti yang saya selalu lakukan. Ia takkan menghabiskan masa anda jika anda benar-benar merancang penggunaan anda, terutamanya melalui telefon pintar atau smartphone.

Social media training malaysia

Sama juga seperti Facebook. Jadi, penggunaan platform media sosial tidak perlu memakan hidup anda dan untuk menerbitkan post sekali atau dua kali sehari bukanlah payah. Anda boleh lakukannya selama 15 minit daripada hari anda dan ia sudah cukup.

Soalannya adalah perlukah anda menyertai Periscope, perlukah anda menyertai YouTube, perlukah anda menyertai Snapchat, perlukah anda menyertai Instagram? Ianya penting dan saya katakan jika anda menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan produk, Instagram merupakan platform yang bagus untuk anda.

Jika anda seorang marketer, anda perlu bersungguh-sungguh menggunakan Instagram kerana ia mendapat tumpuan yang banyak sejak akhir-akhir ini dan Instagram merupakan platform yang unik untuk dimanfaatkan. Jika anda menggunakannya dengan bijak, anda sebenarnya boleh gunakannya untuk mengembangkan senarai e-mel anda. Tapi ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan. Adakah sesuatu yang anda lakukan nampak menarik dari segi visual dan adakah anda cukup kreatif untuk melakukannya? Jadi fikirkan dengan dalam untuk gunakan kekuatan anda.

Snapchat masih lagi baru dan saya perlu dedikasikan sebuah video hanya untuk Snapchat tapi akhirnya apa yang Gary V. katakan tentang Snapchat menjadi kenyataan. Saya rasa ia bukanlah untuk semua. Cuba dan dalami sendiri berkenaan Snapchat sebanyak yang mungkin dan putuskan sama ada ianya untuk anda.

Dimana Kekuatan Anda dalam Media Sosial?

Apa yang saya sentiasa tekankan di sini adalah gunakan kekuatan anda sebaik mungkin, gunakan platform media sosial yang sesuai dengan personaliti anda, memenuhi keperluan pelanggan anda dan platform yang anda rasa boleh lakukan dengan jayanya. Dan lagi sekali ingin saya katakan, hanya gunakan masa yang telah diperuntukkan untuk memanfaatkan penggunaan media sosial dan gunakannya dengan efektif. Mungkin gunakan timer untuk meluangkan masa selama 30 atau 45 minit dalam sehari untuk media sosial.

Jika anda melaksanakannya seperti yang saya cadangkan, anda boleh mengambil kesempatan atas microtime. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya lakukannya seperti ini dengan kerap. Saya hanya gunakan masa yang singkat terutamanya jika saya sedang melakukan sesuatu yang tak memerlukan perhatian yang banyak contohnya ketika berada di dalam pengangkutan awam, menaiki Grab mahu pun ketika sedang beratur, saya akan buka smartphone saya dan gunakan masa itu untuk berhubung dengan orang lain di media sosial.

Penjelasan saya ini agak panjang tapi saya berharap agar saya menjawab persoalan anda setakat ini berkenaan berapa banyak media sosial yang perlu anda berikan tumpuan? Jawapannya, gunakan yang mana yang sesuai dan berkesan untuk anda, tapi anda mungkin perlu melibatkan diri dalam kesemua platform, tetapi beri tumpuan kepada platform top five anda.

Bagi sesetengah daripada anda, ini mungkin terlalu banyak untuk anda, maka tumpukan pada top three anda. Saya harap ini menjawab soalan anda. Jika anda masih mempunyai sebarang pertanyaan tentang pemasaran media sosial, atau anda berminat untuk menghadiri bengkel media sosial di KL, Pulau Pinang, Johor, mahu pun Sabah dan Sarawak di Malaysia, sila hubungi kami di 019 4751379

Penerangan Bengkel

Bengkel ini dirangka khas untuk usahawan yang sibuk tetapi mahukan hasil yang pantas melalui media sosial. Setiap modul latihan merangkumi panduan yang mudah diikuti. Bengkel ini juga mengandungi templat perancangan yang sangat mudah untuk membantu anda menguruskan masa pada media sosial.

Objektif Bengkel

Panduan step-by-step untuk usahawan yang sibuk yang inginkan hasil yang pantas dalam strategi media sosial yang mantap dan hebat.

Jangkaan Hasil Pembelajaran

idea

Memperolehi banyak idea untuk mempromosikan perniagaan tempatan melalui media sosial

stratergies

Memahami strategi pemasaran yang mungkin berkesan untuk perniagaan anda

website

Mempelajari teknik memanfaatkan YouTube dan laman web gergasi lain untuk mempromosikan perniagaan anda pada pasaran tempatan

marketing

Mempelajari teknik menggunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaan anda pada pasaran tempatan

Bengkel Ini Sesuai untuk :

Pemilik syarikat SME atau sesiapa sahaja yang mencari cara untuk mengembangkan pengguna atau pelanggan bagi organisasi sedia ada atau sesiapa yang mencari cara untuk menambah kemahiran digital kepada kemahiran pemasaran sedia ada.

Isi Kandungan Bengkel Media Sosial

bengkel-media-sosial-malaysia

Teknik dan Pendekatan Latihan

  • Penggunaan pakar teknikal dan subjek
  • Nota bengkel yang tepat dan relevan untuk setiap peserta
  • Kajian kes dan simulasi perniagaan tersendiri dan sesuai
  • Penggunaan internet meluas sepanjang bengkel
  • Perbincangan Kumpulan
  • Whiteboard and flip chart

Tempoh Bengkel : 2 Hari

Modul Bengkel Media Sosial Malaysia

Pengenalan Media Sosial (SM) dan Kenapa ia Penting?

Anda dapat memahami konsep SM dan bagaimana untuk menggunakannya dalam perniagaan

Bincang strategi khusus untuk menggunakan sendiri media sosial untuk penjenamaan dan pemasaran.

Memahami Media Sosial dengan Lebih Mendalam

- Memahami kaitan antara pemasaran offline dan SM.
- Mentakrifkan Online Value Proposition anda di SM
- Membongkar Mitos SM

Anda boleh integrasikan pelan pemasaran anda yang sedia ada dengan SM.

Teknik mereka Content untuk Media Sosial

- Golden Rules dalam Mereka Content
- Jenis-Jenis Content
- Mereka Content – Mana Nak Cari Idea??

Anda boleh mereka content secara strategik untuk kempen SM

Memahami Facebook

- Features dalam Facebook dan bagaimana ia boleh membantu perniagaan anda
- Memahami FB page dan groups.
- Memahami jenis iklan FB

Anda mampu menggunakan Facebook sebagai sebahagian daripada pemasaran perniagaan anda

Memahami Instagram

- Bagaimana platform ini berfungsi dan bagaimana ia boleh membantu perniagaan anda
- Memahami bagaimana platform ini berfungsi dari aspek pengiklanan
- Kajian kes bagaimana syarikat korporat memanfaatkan platform SM

Kenal Pasti Kata Kunci menguntungkan atau tidak

Memahami Linkedin

- Features di Linkedin
- Memahami bagaimana platform ini berfungsi dari aspek pengiklanan
- Kajian kes bagaimana syarikat korporat memanfaatkan platform SM
- Memahami level hubungan dalam Linkedin

Anda boleh memanfaatkan Linkedin untuk mengembangkan perniagaan anda

Memahami Youtube

- Bagaimana platform ini berfungsi dan bagaimana ia boleh membantu perniagaan anda
- Memahami bagaimana platform ini berfungsi dari aspek pengiklanan
- Kajian kes bagaimana syarikat korporat memanfaatkan platform SM

Anda boleh memanfaatkan YouTube untuk mengembangkan perniagaan anda

Pengurusan Reputasi Online

- Bagaimana menangani krisis dan outburst di internet apabila ia terjadi.
- 5 Langkah mengawasi dan menyelesaikan masalah dengan pantas

Anda akan memperoleh kemahiran untuk mengawal reputasi online anda dengan tepat sebelum sebarang masalah tidak terkawal.

Berminat Untuk Menyertai Bengkel Media Sosial?

arrow

Hubungi Cath @ +60 12 323 0881

cath@dmhubtraining.com

Nama Anda (required)

No Telefon (required)

Emel Ands(required)

Pertanyaan Kursus (required)

Mesej Anda

Free WordPress Themes