Bengkel WordPress Malaysia

Jika berada di Pulau Pinang, KL, JB mahupun Sabah dan Sarawak di Malaysia dan mencari Jurulatih terbaik WordPress, pencarian anda kini berakhir kerana DMC merupakan syarikat latihan WordPress terbaik di Malaysia
Dengan kedatangan konsep blogging dalam pemasaran internet, setiap guru dan sifu pemasaran internet di seluruh dunia mula menaip untuk memenuhkan laman web mereka dengan blog post. Artikel pendek penuh informasi sambil menyelitkan iklan untuk pelanggan mereka. Kenapa? Sebab ianya berkesan! Hingga ke hari ini.

Mungkin tidak seefektif dahulu, tapi orang masih mengikuti laman blog dengan konsisten – HANYA apabila entri blog tersebut mengandungi content yang berguna yang pembaca rasakan bernilai dan membantu dalam situasi mereka. Pada awal era blogging, anda mungkin dapat kelonggaran apabila blog post anda mengandungi content yang tiada kaitan dengan produk yang anda iklankan. Sekarang tidak lagi.

Kini, anda perlu menaip artikel yang relevan dengan minimum 400 patah perkataan (dan minimum 500-600 patah perkataan lebih berkesan) yang menceritakan bagaimana produk itu boleh memperbaiki hidup pembaca, atau membantu pembaca melakukan sesuatu yang diperlukan atau diinginkan. Content yang bosan dan tak bermakna akan menjunamkan perniagaan anda sedalam-dalamnya. Blogger telah menjadi sumber untuk content yang menarik dan baru untuk pengguna internet di seluruh dunia. Dunia blogging sentiasa berubah semuanya kerana pembaca sukakan content penuh maklumat yang anda terbitkan. Apa yang membuatkan blogging berkuasa adalah sesiapa sahaja boleh melakukannya. Anda boleh mula sekarang dengan menggunakan platform blogging yang mudah, WordPress(WP).

Hanya perlu install perisian WP (percuma) pada laman web anda dan anda boleh terus menaip. Jangan anggap WP tidak lagi relevan pada masa kini. Syarikat berikut menggunakannya kerana ia menyedari kuasa WP dalam strategi pemasaran mereka: The New York Times, Yahoo’s Corporate Blog, CNN’s Political Ticker, Sony Playstation Blog, Southwest Airlines. Pada mereka platform WordPress sangat ideal kerana ia menjadi asas untuk mereka melancarkan aktiviti blog pemasaran yang besar.

WordPress SME di Malaysia

Wordpress sesuai untuk marketer seperti anda dan juga saya kerana ia fleksibel, mudah digunakan dan membolehkan pengguna untuk bermula sebagai blog kecil dan kemudiannya berkembang mengikut kemahuan atau kehendak. Pemilihan menggunakan WP sebagai platform untuk blog memberikan anda beberapa alat digital.

Taip dalam editor WYSIWYG, simpan draft dan terbitkan bila anda bersedia. Ia juga mempunyai komuniti yang besar untuk membantu anda, templat percuma, plugin, dan beberapa addon atau modifikasi tambahan untuk blog anda. Dengan sistem tema yang dinamik, anda boleh mengubah seluruh reka bentuk blog anda dengan hanya satu klik. Malah anda boleh jana permalink mesra SEO dengan hanya satu butang. RSS Feed juga termasuk dalam platform ini.

wordpress training malaysia

Fungsi WordPress dan Apa yang Anda Boleh Lakukan.

Kategorikan dan tag post anda. Bina halaman statik (static pages). Masukkan search box, Ping secara automatik kepada perkhidmatan ping blog terkemuka. Dengan plugin dan tema yang banyak yang ada, anda boleh mengubah rupa dan bentuk laman web anda dengan beberapa klik. Fungsi WP tiada batasnya. Saya cadangkan anda bina laman web anda sendiri dengan WordPress. Ini boleh menjimatkan anda beribu ringgit malah hakikatnya, tiada laman web yang boleh memuaskan hati anda kecuali yang anda bina sendiri.

Penerangan Bengkel

Bengkel WordPress ini dirangka khas untuk usahawan yang sibuk tetapi mahu belajar teknik membina laman web korporat menggunakan platform WordPress

Objektif Bengkel

Panduan step-by-step untuk usahawan yang sibuk yang inginkan hasil yang pantas dalam membina laman web profesional

Expected Learning Outcomes

domain-256

Belajar bagaimana menetapkan domain dan hosting

wordpressLogoSolo

Belajar bagaimana membina laman web WordPress

paint

Belajar bagaimana mengubah suai tema untuk mendapatkan laman web profesional

management-system

Belajar bagaimana menggunakan sistem pengurusan content

Bengkel Ini Sesuai untuk:

Pemilik SME yang nak bina laman web yang berfungsi dan tampak profesional.

Isi Kandungan Bengkel WordPress

bengkel-wordpress-malaysia

Teknik dan Pendekatan Latihan

  • Penggunaan pakar teknikal dan subjek
  • Nota bengkel yang tepat dan relevan untuk setiap peserta
  • Kajian kes dan simulasi perniagaan tersendiri dan sesuai
  • Penggunaan internet meluas sepanjang bengkel
  • Perbincangan Kumpulan
  • Whiteboard dan flip

Tempoh Bengkel : 2 Hari

Modul Bengkel WordPress

Pengenalan kepada Platform WordPress

- Modul 1: Mengenali WordPress - Modul 2: Beza antara Blog and CMS - Modul 3: Keperluan Hosting Laman Web WordPress Anda akan memahami perbezaan antara hosted WordPress platform dan non hosted WordPress platform

Membina Laman Web Anda

- Modul 4: Penetapan Domain & Hosting - Modul 5: Install WordPress (Automated Installation) - Modul 6: Masalah Installations yang Kerap Anda akan belajar cara membeli sendiri domain, hosting dan penetapan laman web pertama anda.

Memahami Sistem Pengurusan Content WordPress

- Modul 7: Akses WordPress Anda - Modul 8: Mengenali WordPress Dashboard - Modul 9: Penetapan WordPress (Setting) - Modul 10: Membina Asas Laman Web Anda - Modul 11: Penetapan Profil Anda Anda mampu menggunakan dashbord sebagai control panel untuk membina, mereka dan mengubah suai laman web anda.

Menulis Content WordPress

- Modul 12: WordPress Posts vs. Pages: Bila Anda Perlu Gunakannya - Modul 13: Teknik Menulis Post di WordPress - Modul 14: Teknik Menulis Page di WordPress - Modul 15: Categories vs Tags - Modul 16: Teknik Menggunakan Media Library di WordPress Anda mampu menulis content dan belajar bagaimana menjadualkannya

Reka Bentuk Web Lanjutan

- Modul 17: Teknik Menggunakan Tema WordPress - Modul 18: Teknik Mereka Menu Tersendiri di WordPress Anda mampu mengubah suai dan menetapkan reka bentuk laman web anda

Ciri WordPress Lanjutan

- Modul 19: Teknik Menggunakan Plugins WordPress - Modul 20: Teknik Menggunakan Widget WordPress Anda boleh mengubah suai laman web lebih lanjut menggunakan plug and play programming

SEO untuk WordPress

- Modul 21: Mengoptimumkan Laman Web untuk SEO Anda mampu memahami asas-asas SEO menggunakan WordPress

Pengurusan WordPress

- Modul 22: Mengurus Komen di WordPress - Modul 23: Panduan Perancangan dan Pemulihan Bencana - Modul 24: WordPress Backup Plugins, BackupBuddy - Modul 25: Mengoptimumkan WordPress dari segi kelajuan loading Anda akan pelajari teknik untuk back up laman web anda dan memulihkannya semula dengan mudah

Berminat Untuk Menyertai Bengkel WordPress?

arrow

Hubungi Cath @ +60 12 323 0881

cath@dmhubtraining.com

Nama Anda (required)

No Telefon (required)

Emel Ands(required)

Pertanyaan Kursus (required)

Mesej Anda

Free WordPress Themes