Bengkel SEO Malaysia – 3 Kesalahan Utama dan 5 Cadangan Padu untuk memperbaiki SEO

 

Hai, Saya Charles, pengasas syarikat latihan pemasaran digital yang pakar dalam latihan Search Engine Optimization atau SEO di Malaysia. Hari ini saya nak kongsikan 3 kesalahan utama yang sering dilakukan hingga menyebabkan laman web mereka tidak rank di muka surat pertama Google. Kesalahan No. 1 ialah melaksanakan SEO sebelum laman web anda mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai.

 

Kesalahan No. 1 – Tiada Matlamat Jelas pada Laman Web

Kesalahan No. 1 ialah melaksanakan SEO sebelum laman web anda mempunyai value proposition atau matlamat yang jelas. Tanya diri anda, kenapa orang pilih laman web dan hasil carian saya? Katalah laman web anda mempromosikan perniagaan offline anda, contohnya kedai baiki basikal tempatan? Apa yang membezakan perniagaan anda dengan pesaing yang lain? Adakah anda pertubuhan bukan untung atau nonprofit organization? Atau anda mungkin tawarkan khidmat anggaran kerosakan percuma, demo percuma atau anda merupakan perniagaan tertua di tempat anda. Atau jika anda mempunyai laman web e-commerce, apa yang membezakan anda dengan yang lain?

 

Adakah anda menawarkan harga yang lebih rendah, penghantaran percuma, perkhidmatan pelanggan terbaik atau penerangan produk yang terperinci? Mulakan dengan value proposition akan memudahkan SEO. Tak kisah la di mana ranking anda dalam hasil carian Google, jika anda nak kekalkan kedudukan teratas, pengguna perlukan value proposition untuk klik laman web anda, untuk kembali melawat laman web anda dan mencadangkannya kepada rakan mereka. Mulakan dengan value proposition, kemudiannya tumpukan kepada pengalaman pengguna yang berkualiti. Sekarang kita pergi kepada kesalahan no. 2, pendekatan pembahagian atau segmented approach pada SEO. Saya namakan ia sebagai bento box.

 

Sekarang kita beralih kepada kesalahan no. 2, tiada perancangan yang betul pada navigasi laman web. Kandungan atau content tidak dikategorikan dan semuanya berterabur. Ini bukan sahaja teruk untuk Google malah untuk pengalam pengguna dan jika pengguna tidak suka laman web anda, mereka akan pergi serta-merta. Ini akan menyebabkan bounce rate yang teruk sekaligus memaklumkan Google yang laman web anda tidak menarik untuk dilawati.

 

Kesalahan No. 2 – Fokus hanya pada Design bukannya pada Pengalaman Pengguna

Kesalahan no. 2 adalah melaksanakan SEO semata-mata. Pendekatan yang lebih baik dan holistik terhadap SEO adalah mengambil kira seluruh pengalaman pengguna, dari kempen pemasaran hinggalah ke penukaran atau conversion sebenar seterusnya mengulangi pembelian.

 

Kesalahan No. 3 – Terpengaruh dengan Trend SEO

Kesalahan no. 3 adalah terlalu kisah dengan trend SEO. Sekitar 2005, kebanyakan orang hilang arah dengan SEO dan menghabiskan masa menulis content untuk mendapatkan bilangan kata kunci yang optimum, maksudnya kata kunci untuk setiap halaman. Ini adalah satu pembaziran masa. Sepatutnya mereka menggunakan masa itu dengan menjadikan content menarik, mudah dibaca dan penuh informasi. Saya yakin banyak tugasan yang anda ingin lakukan pada laman web anda. Elakkan trend SEO, sebaliknya utamakan tugasan yang membawa nilai berterusan.

 

Jom Fokus pada Teknik Berguna SEO (Good SEO Practices)

Kita fokus kepada teknik berguna SEO. Pertama, jadi cool. Tetapkan value proposition yang membezakan anda daripada pesaing lain. Kedua, masukkan kata kunci yang relevan dalam content anda. Tak perlu utamakan bilangan kata kunci.

seo training malaysiaPastikan content anda mengandungi kata kunci yang orang cari. Ketiga, gunakan dengan betul tag, tajuk tag, tag meta-description dan reka bentuk laman web anda. Keempat, langgan penghantaran e-mel (email forwarding) di Webmaster Tools. Alat ini membolehkan mesej penting dari Google seperti pemberitahuan berkenaan isu crawl, dihantarkan terus ke e-mel yang and sering gunakan, tak kisah sama ada e-mel kerja, Yahoo atau Gmail. Kelima tarik pelanggan. Ia membantu natural links, ulasan atau review yang baik, undian, +1s dan follow.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang SEO, muat turun fail ini – (English) Google PDF on Best SEO Practices. 

Jika anda mencari latihan SEO terbaik di Pulau Pinang, KL, JB atau mahu pun Sabah dan Sarawak di Malaysia, sila hubungi kami di 019 4751379

Penerangan Bengkel Latihan SEO

Keseluruhan bengkel ini mengutamakan praktikal dan dikelola khas untuk anda dan rakan sekelas anda. Anda akan diberi demonstrasi situasi sebenar, latihan hands-on masalah anda dan penilaian sendiri setiap hari untuk setiap peserta supaya kami pasti yang anda faham kesemuanya yang kami ajarkan. Setelah anda tamat bengkel ini, anda akan menerima sijil rasmi dari program kami dan pergi dengan kefahaman padu tentang bagaimana untuk berhubung dengan pelanggan melalui internet.

Objektif Bengkel Latihan SEO

Matlamat utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan penggunaan laman web anda supaya anda membawa pelanggan yang betul dari enjin carian. Matlamat laman web anda haruslah ditetapkan dengan jelas supaya anda boleh pastikan yang laman web anda memenuhi matlamat itu. Jika anda pernah menghadapi masalah dengan trafik laman web anda baru-baru ini, ia mungkin kerana anda belum menggunakan SEO sepenuhnya.

Jangkaan Hasil Pembelajaran

right

Memahami Mekanisme Carian

time

Sumbang Saran, Kajian dan Implementasi Strategi Kata Kunci

piple

Membezakan antara Taktik padu SEO dengan Taktik yang Menyimpang dari Peraturan Asal SEO

conversion

Mempraktikkan Kedua-dua Teknik Pengoptimuman On-Page dan Off-Page.

online

Libatkan diri dengan Strategi Pemasaran Content yang Power

rotation

Melaksanakan Kempen Pembinaan Rangkaian

taget-Audience

Memanfaatkan Kuasa Media Sosial untuk SEO

analysis

Memahami Secara Menyeluruh Ranking Teratas Carian Google

Bengkel Ini Sesuai untuk:

  1. Beginner yang mempunyai sedikit/tiada ilmu dalam SEO
  2. Marketer Internet berpengalaman yang berniat untuk mengembangkan kemahiran mereka
  3. Pakar SEO yang berniat untuk mengasah semula pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang ini

Isi Kandungan Bengkel

bengkel-seo-malaysia

Teknik dan Pendekatan Latihan

  • Penggunaan pakar teknikal dan subjek
  • Nota bengkel yang tepat dan relevan untuk setiap peserta
  • Kajian kes dan simulasi perniagaan tersendiri dan sesuai
  • Penggunaan internet meluas sepanjang bengkel
  • Perbincangan Kumpulan
  • Whiteboard dan flip chart

Tempoh Bengkel : 2 Hari

Modul Bengkel Latihan SEO

Gambaran Menyeluruh SEO dan Kepentingannya?

Anda akan memahami konsep SEO dan cara melaksanakannya dalam perniagaan dan kehidupan seharian

Dapat gambaran menyeluruh tentang penggunaan SEO untuk perniagaan anda

Pengenalan untuk Ranking Laman Web Perniagaan Tempatan

- Strategi untuk ranking laman web tempatan
- Memahami Google Map
- Memahami Ulasan/Review positif dan bagaimana mendapatkannya

Mampu untuk rank kata kunci tempatan di Google

SEO On-page atau Off-Page

Memahami faktor yang mempengaruhi ranking SEO menggunakan laman web dan faktor luaran yang menyumbang kepada ranking Google

Memahami faktor yang mempengaruhi ranking teratas di enjin carian Google

Google’s Webmaster Guidelines

Panduan Google Webmaster

Mengetahui perbezaan antara apa yang diterima oleh standard Google

Ranking Kata Kunci

Menentukan faktor dalam pemilihan kata kunci yang betul.
- Sama ada ia mampu untuk rank
- Adakah kata kunci itu menguntungkan
- Kumpulan kata kunci
- Menggunakan Perisian untuk mengautomatikkan proses

Mampu mengenal pasti kata kunci yang menguntungkan atau tidak

Website Design

Using wordpress as web design plalorm.
- Planning the semngs in wordpress
- Using the right plugin
- Setting up the onpage factors of SEO

Able to do the right semngs on a website to rank in Google

Pemasaran Content

Cara menulis content yang disukai Google
- Menggunakan perisian untuk memudahkan proses
- Bagaimana memanfaatkan laman web untuk mengenal pasti content yang trending

Mampu menulis content yang relevan untuk Google dan juga masyarakat

Strategi Pautan Luaran atau Dalaman

Bagaimana menetapkan faktor off page untuk rank di Google
- Memahami backlinks dan bagaimana ia mempengaruhi Google
- Bukan semua backlinks setaraf/sama

Mampu memilih backlinks terbaik untuk rank di Google

Berminat Untuk Menyertai Bengkel SEO?

arrow

Hubungi Cath @ +60 12 323 0881

cath@dmhubtraining.com

Nama Anda (required)

No Telefon (required)

Emel Ands(required)

Pertanyaan Kursus (required)

Mesej Anda

Free WordPress Themes