Bagaimana Pelaburan Menyertai Bengkel Pemasaran Digital Memberi Manfaat kepada Kerjaya Anda di Malaysia

DMC mempunyai bengkel terbaik dalam subjek pemasaran digital di Malaysia. Di sini kita akan bincangkan kelebihan melabur untuk bengkel pemasaran digital kepada perniagaan dan kerjaya anda.

Anda ada jumpa tak sesiapa yang bertanya sama ada kursus pemasaran digital menambah nilai dalam kerjayanya? Sebenarnya, bengkel ini memberi banyak manfaat kepada kerjaya anda. Ada beberapa bengkel pemasaran digital yang disediakan dan setiap satunya menawarkan benda yang berbeza. Bengkel pemasaran digital yang terbaik sepatutnya memberi fokus kepada keperluan dan kecenderungan pembelajaran anda tetapi masih lagi berada dalam bajet anda. Berikut adalah manfaat yang anda perolehi dari bengkel pemasaran digital.

 

Memberi anda Pengetahuan terkini tentang Industri

Kebanyakan orang yang mengajar bengkel pemasaran digital adalah tokoh penting dalam industri pemasaran. Industri digital berkembang pesat, jadi tokoh ini perlu sentiasa mendidik diri bagi memastikan mereka sentiasa relevan. Anda akan dapati yang kampus pemasaran digital ini sentiasa mengemas kini maklumat mereka dari semasa ke semasa

Selain berpengetahuan luas dalam industri pemasaran digital, pelajar akan belajar elemen utama seperti analisis, media sosial, SEO, penjenamaan dan sumbangan mobile dalam perjalanan pelanggan. Anda akan juma memperoleh maklumat pemasaran terkini berkaitan dengan niche anda. Ini menyumbang kepada penambahbaikan kemahiran anda yang boleh menarik perhatian bakal majikan atau majikan sedia ada anda. Bengkel pemasaran online boleh membuka jalan baru ke arah pekerjaan baru atau kenaikan jawatan. Anda akan lebih yakin mengendalikan strategi digital dan memperoleh perkembangan kerjaya beberapa bulan selepas selesai kursus.

 

Tunjukkan Komitmen Anda kepada Industri

Calon berbakat akan mencari jawatan serupa dalam industri pemasaran digital yang sangan mencabar. Majikan yang serius akan cuba mendapatkan calon yang menunjukkan komitmen penuh terhadap industri dengan menghadiri kursus di luar waktu kerja. Kebanyakan syarikat akan mencari perkhidmatan yang anda tawarkan jika anda mempunyai bengkel pemasaran digital dalam CV anda. Kelebihannya ialah, bengkel ini tidak mahal malah sesetengah majikan menawarkan untuk membiayai sebahagian daripada harga bengkel.

 

Memperbaiki Potensi Networking Masa Kini dan Akan Datang

Bengkel pemasaran online bukan hanya mengenai tenaga pengajar atau speaker yang anda berinteraksi seharian. Anda boleh berinteraksi dengan tenaga pengajar semasa atau selepas bengkel. Bagaimana pun anda boleh berjumpa dengan para profesional lain yang sedang bekerja dalam industri pemasaran. Anda juga mungkin berjumpa dengan orang yang bercita-cita untuk menembusi niche pemasaran digital.

Semasa bengkel anda boleh berkongsi pengalaman dan belajar dari individu ini. Sesi aktiviti berkumpulan merupakan waktu terbaik untuk memperoleh pengetahuan sebegini. Di penghujung hari, anda mempunyai rangkaian baru dengan profesional yang mungkin membantu anda sepanjang kerjaya anda. Kebanyakan pelajar yang tamat kursus ini membuka akaun LinkedIn untuk terus berinteraksi dan berkongsi maklumat. Anda juga mungkin menemui pekerjaan pemasaran dari network anda. Ini bermakna anda boleh terus memperoleh manfaat bengkel pemasaran digital beberapa tahun selepas tamat kursus

Digital Marketing Training Malaysia

Jenis Topik Pemasaran Digital

Kebanyakan kursus pemasaran digital menyediakan gambaran keseluruhan yang menarik dan strategik untuk seluruh industri digital. Mereka menyentuh isu utama seperti strategi, peraturan perniagaan, analisis, SEO, PPC, mobile, display, pemasaran e-mel, penjenamaan, media sosial, pemasaran content dll. Ia bermakna anda akan memperoleh pengetahuan luas selepas anda selesai kursus. Anda juga boleh membangunkan fokus kerjaya yang anda mungkin takkan fikirkan jika anda tidak menyertai kursus ini. Contohnya anda mungkin mengambil keputusan untuk menjadi pakar analisis. Anda mungkin takkan terbayangkan sebegini jika anda tak mendaftar untuk kursus ini.

 

Tawarkan Suasana Pembelajaran Secara Kerjasama

Kebanyakan kursus pemasaran digital menyediakan suasana pembelajaran yang interaktif dan bekerjasama. Tidak seperti sesetengah kursus akademik, kurikulum bengkel ini membolehkan anda untuk bekerja dengan kempen sebenar. Pendekatan ini membantu anda dalam jangka masa panjang untuk membolehkan anda belajar dari kesilapan. Anda tak dapat pendekatan ini dalam industri digital sebenar.

Oleh sebab itu, anda akan memperoleh lebih banyak pengalaman yang bermanfaat sepanjang kerjaya anda selepas anda selesai bengkel ini. Kursus ini memberikan anda kelebihan berbanding calon dan pekerja lain yang tidak mempunyai pengalaman yang serupa. Suasana ini turut menawarkan peluang untuk anda bertanyakan soalan berkenaan pemasaran digital dan bagaimana untuk menggunakan prinsip asas untuk kempen tertentu. Jarang sekali untuk anda temui peluang seperti ini.

Jika anda berminat dengan bengkel pemasaran digital, sila hubungi kami di 019 4751379.

Penerangan Bengkel

Bengkel ini dirangka untuk usahawan yang sibuk dan inginkan hasil yang pantas di internet. Setiap modul latihan akan memberikan anda panduan dan arahan yang mudah untuk diikuti dan growth hack perniagaan anda menggunakan pemasaran digital.

Objektif Bengkel

Menggunakan pemasaran digital sebagai platform untuk mengembangkan perniagaan dengan cara menjana lebih banyak prospek dan jualan

Jangkaan Hasil Pembelajaran

right

Peroleh prospek yang lebih layak

time

Kurangkan masa prospek dan memupuk prospek dengan lebih efektif

piple

Capai pipeline yang lebih seimbang

conversion-rate

Tingkatkan kadar pertukaran

online

Membangunkan jenama online dengan mereka dan mempromosikan content yang relevan

rotation-ppl

Jalin hubungan online yang lebih padu, memastikan kepuasan pelanggan seterusnya mengulangi jualan

target-audience

Sesuaikan intonasi, stail dan jenis content anda berdasarkan sasaran pelanggan anda

analysis

Optimumkan analisis kawasan dan pipeline serta mentakrifkan strategi perkembangan

digital-tool-icon

Maksimumkan impak jualan digital anda dengan menggunakan alat CRM, digital dan platform media sosial

digital-sale

Fahami bagaimana memimpin pelaksanaan strategi jualan digital dalam organisasi anda

Bengkel Ini Sesuai untuk:

Pemilik syarikat SME yang mencari cara untuk membina laman web profesional yang berfungsi

Teknik dan Pendekatan Latihan

  • Nota bengkel yang tepat dan relevan untuk setiap peserta
  • Kajian kes dan simulasi perniagaan tersendiri dan sesuai
  • Penggunaan internet meluas sepanjang bengkel
  • Perbincangan Kumpulan
  • Whiteboard and flip chart

Tempoh Bengkel : 2 Hari

Modul Bengkel Digital Marketing Malaysia

STRATEGIC VIEW: MERANCANG KEMPEN

- Syarikat yang melakukan perancangan dan berjaya. Sama ada pelan perniagaan, pelan pemasaran atau pelan digital.
- Matlamat Pemasaran Online
- Objektif Pemasaran Online
- KPI Pemasaran

Matlamat dan penjejakan kempen. Apa yang kita cuba capai melalui kempen dan bagaimana kita ketahui yang kita telah mencapai matlamat kempen?

ANALYSIS: CUSTOMER INSIGHTS AND TARGET AUDIENCE

Analisis pasaran online anda meringkaskan bagaimana sasaran pelanggan untuk kempen anda menggunakan media
- Siapa Beli Dengan Anda? Kenapa?
- Bagaimana Mereka Menemui Anda? (cth. Menggunakan enjin carian, perbandingan atau laman web media)?
- Dengan Siapa Mereka Turut Beli?
- Bagaimana Meningkatkan Sasaran Pelanggan Anda?
- Di Mana Pelanggan Anda Meluangkan Masa Online?

Wawasan dan sasaran kempen. Pelanggan mana yang kita cuba capai dan pengaruhi untuk mencapai matlamat?

PEMASARAN CONTENT: CONTENT ADALAH RAJA

Apabila anda memulakan kempen, anda memerlukan penarik (Hook), tema atau mesej utama yang anda inginkan pelanggan anda ingat dan bertindak.

- Promosikan Produk Baru
- Lancarkan Produk Baru
- Mesej Penjenamaan
- Tawaran Promosi dan T&C
- Membina Online Value Propositions
- Sebab untuk Klik
- Content yang Tular

Mesej dan tawaran utama kempen. Idea kempen yang mana cth. Jalan cerita, content dan tawaran berkaitan produk yang akan berinteraksi dan menukar pelanggan? Bagaimana syarikat, produk dan perkhidmatan menapak dalam pasaran?

REACH: PELAN MEDIA / JADUAL / GARIS MASA

Dalam langkah ini, kita akan review keputusan sekitar isu utama dalam pelaburan media:

Pelaburan keseluruhan pada jenis media berbeza. Variasi perbelanjaan merentas masa dan integrasi media. Antara media yang akan dibincangkan adalah:
- Google Ads
- SEO
- PPC
- Pemasaran Facebook
- Remarketing
- Emailing
- Pemasaran Media Sosial

Pelan dan bajet kempen media. Saluran media mana yang akan anda gunakan untuk mencapai dan mempengaruhi pelanggan sasaran? Apa urutan dan integrasi aktiviti media yang akan digunakan?

ACT: GALAKKAN INTERAKSI DAN PENYERTAAN PELANGGAN

Anda mungkin telah mengenal pasti aset content anda secara online, fikirkan dengan meluas apa yang berkesan dengan kumpulan pelanggan anda. Ini termasuk juga:

- Infografik
- Games.
- Panduan bertulis / Muat turun PDF
- Video
- Kuiz / Ujian Interaktif

Interaksi dan penyertaan pelanggan. Bagaimana menggalakkan minat dan penglibatan pelanggan dalam kempen menggunakan aset content dan creative yang mana anda menjalankan kempen di landing page dalam laman web & mengusahakan share melalui rangkaian sosial? Bagaimana menjana prospek yang boleh ditukar menjadi jualan.

CONVERT: GALAKKAN JUALAN, OPTIMUMKAN DAN UJI

Bagaimana nak galakkan jualan daripada prospek sedia ada melalui peringkat Reach dan Act melalui
- Retargeting atau Remarketing
- Pemasaran E-mel secara Automatik
- Retargeting menggunakan Perangai (Behavior)
- Kempen Jenama di AdWords & Remarketing
- Web Personalization

Optimumkan dan Uji. Bagaimana mengaitkan interaksi dan penglibatan dengan aset kempen melalui keinginan membeli dan jualan yang mungkin terjadi secara online jika menggunakan laman web e-commerce atau offline melalui telefon, di kedai atau pesanan secara pos

ENGAGE: GALAKKAN PENGLIBATAN PELANGGAN DALAM MEMBERI SOKONGAN DAN PERKONGSIAN, KAJI KEBERKESANAN

Galakkan perkongsian dan interaksi berterusan semasa kempen. Terdapat empat cara mudah untuk melaksanakannya
- Gunakan Butang Share Media Sosial
- Hargai Pelanggan yang Share
- Dapatkan Reviews / Survey Selepas Jualan
- Follow-Up dengan Pelanggan, cth. Selepas sesuatu acara/aktiviti
- Tubuhkan Kempen Pemasaran Affiliate

Bagaimana membina sekumpulan followers setia yang sanggup mempromosikan produk secara percuma

Berminat Untuk Menyertai Bengkel Pemasaran Digital?

arrow

Hubungi Cath @ +60 12 323 0881

cath@dmhubtraining.com

Nama Anda (required)

No Telefon (required)

Emel Ands(required)

Pertanyaan Kursus (required)

Mesej Anda

Free WordPress Themes