Bengkel Facebook Malaysia – Jenis-Jenis Pemasaran Facebook

DMC merupakan pilihan terbaik untuk latihan pemasaran digital di Malaysia. Sekarang kami ingin berkongsi tip pemasaran Facebook dengan anda. Anda pasti bersetuju jika saya katakan yang Facebook kini mendahului platform media sosial yang lain. Facebook mencatatkan bilangan pelawat tertinggi di seluruh dunia. Ia merupakan salah satu laman terbaik untuk rakan berhubung dan berkongsi secara online. Kelebihan laman ini adalah ia tidak mengehadkan pengguna tentang content yang mereka kongsikan.

Anda akan temui pelbagai orang berkongsi kehidupan sosial, kerja, hal keluarga malah pengalaman membeli belah di Facebook. Ini menjelaskan kenapa kebanyakan syarikat gemar menggunakannya sebagai platform utama untuk pemasaran digital. Facebook membenarkan syarikat memasarkan produk mereka melalui promosi sendiri dan interaksi dengan pelanggan.

Facebook merupakan alat pemasaran yang sangat berkuasa untuk syarikat kecil dan juga besar. Anda boleh menggunakan Facebook untuk meluaskan capaian, memaklumkan pelanggan tentang trend pasaran terkini, dan membina identiti jenama. Cabarannya ialah mereka tidak tahu menggunakan platform ini dengan efektif untuk mencapai objektif mereka.

Anda mungkin temui yang sesetengah daripada mereka menggunakan hanya satu teknik untuk berhubung dengan pelanggan. Alasannya ialah kebanyakannya tidak mengetahui jenis pemasaran yang ditawarkan oleh Facebook. Fokus utama artikel ini adalah memperkenalkan jenis pemasaran Facebook yang ditawarkan untuk kegunaan anda. Anda akan menyedari bahawa terdapat banyak benda yang anda boleh lakukan di platform ini untuk meningkat jualan syarikat anda.

Pemasaran melalui Facebook Business Page

Facebook page merupakan alat pemasaran yang bukan sahaja percuma malah berkuasa. Facebook page akan membantu anda membina identiti perniagaan anda. Selain daripada menyenaraikan produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan, anda juga boleh berkongsi post, gambar dan pautan menerusi Facebook Page. Bagaimanapun anda perlu menyesuaikan page anda supaya ia memaparkan personaliti dan karakter perniagaan anda. Page perniagaan

Facebook anda akan membantu anda membina identiti jenama anda dan menonjolkan sifat kemanusiaannya. Penggunaan Facebook untuk pemasaran sangat sempoi dan mudah. Anda boleh berkongsi satu atau dua video lawak dan kelakar berkenaan jenama anda.

Tapi anda harus peka dengan kehendak pelanggan utama anda – apa yang ingin mereka lihat. Pastikan anda hanya berkongsi gambar dan video yang berkaitan dengan perniagaan anda. Anda juga boleh berkongsi artikel berkaitan dengan jenama anda di Facebook Page. Situasi paling ideal adalah apabila anda mencampurkan lawak, info berguna dan perkembangan terbaru jenama anda. Kebanyakan orang bergantung dengan teknik ini tetapi ada lebih banyak cara di Facebook yang anda boleh gunakan untuk menonjolkan jenama anda.

 Classic Ads: Pengiklanan Facebook

Iklan Facebook adalah bentuk pengiklanan yang unik di Facebook. Iklan ini muncul di column tepi halaman Facebook. Iklan ini mengandungi gambar, tajuk dan penerangan, pautan ke aplikasi Facebook, Facebook page atau ke laman web luar. Ini adalah teknik terbaik yang anda boleh gunakan untuk menjana klik ke laman web dan meningkatkan bilangan likes.

Ciri utama pengiklanan Facebook adalah alat untuk mengukur prestasi iklan, pengujian iklan yang membolehkan anda menjalankan serentak beberapa versi iklan untuk anda membandingkan penetapan dan reka bentuk iklan, kebolehan untuk menetapkan bajet iklan, sasaran pelanggan melalui data demografik Facebook seperti minat, tahap pengajian, lokasi dan umur.

Facebook takkan memaparkan maklumat berkenaan CTR iklan. Ini menyukarkan kita untuk mengukur kadar kejayaan iklan. Umumnya, iklan Facebook mempunyai kadar purata CTR sebanyak 0.051% dan CPC sebanyak 0.80%. Bagaimanapun kos pengiklanan Facebook untuk sebuah perniagaan berbeza dan bergantung kepada persaingan dan pilihan sasaran yang digunakan.

Penggunaan Facebook berfaedah untuk meningkatkan bilangan likes jenama anda. Pengguna menjadi followers page perniagaan anda sebaik sahaja mereka like page anda. Post anda akan muncul di News Feed mereka. Dengan ini, lebih ramai pengguna akan berinteraksi dengan jenama anda. Akan datang, interaksi ini boleh berubah menjadi conversion dan jualan.

Facebook Training Malaysia

Menganjurkan Pertandingan / Contests di Facebook

Teknik pemasaran Facebook yang boleh meningkatkan kesedaran jenama dan bilangan fans adalah dengan menganjurkan pertandingan, promosi dan sweepstake. Bagaimanapun pertandingan in tidak boleh dianjurkan terus melalui Facebook. Ini bermakna pengguna Facebook tidak boleh menulis jawapan di komen atau menggunakan like untuk penyertaan.

Penyelesaiannya adalah menggunakan aplikasi luar untuk menganjurkan pertandingan. Ia digunakan untuk membawa pengguna dari Facebook terus ke aplikasi ini. Ada beberapa aplikasi berbayar yang boleh membantu anda mencapai objektif ini. Jangan risau kerana masih ada beberapa aplikasi online percuma lain yang anda boleh gunakan. Laman web Shortstack contohnya menawarkan beberapa contest percuma yang anda boleh gunakan selagi Facebook page anda mempunyai followers kurang daripada 2000 likes. Laman web lain yang mempunyai aplikasi percuma yang bagus adalah Pegamodo. Kekurangan aplikasi percuma ini adalah tetapan dan penggunaan yang terhad.

Promoted Posts di Facebook

Pilihan ini membolehkan pemilik Facebook page untuk membayar kadar tetap bagi mempromosikan sebuah post supaya mencapai bilangan individu yang ditetapkan sekaligus meningkatkan capaian dan impression post tersebut. Sesetengah pengguna tertanya-tanya kenapa mereka perlu bayar untuk memaparkan post mereka kepada follower. Anggapan mereka adalah sesiapa yang like page mereka seharusnya dapat melihat post mereka di news feed.

Frasa impression merujuk kepada berapa kali post yang anda publish muncul di news feed pengguna. Impression terdiri daripada impression berbayar, organik atau viral. Viral impression merujuk kepada berapa kali maklumat berkaitan dengan page anda muncul di post rakan anda.

Hakikatnya, pengguna Facebook tidak meluangkan masa meneliti news feed mereka. Sesetengah post mungkin diabaikan dan tersembunyi apabila post baru diterbitkan. Disini Promoted Post Facebook sangat berguna. Fungsi ini meningkatkan peluang post anda ditonton oleh pengguna baru melalui news feed mereka. Selain membolehkan fans sedia ada melihat promoted post anda, anda juga boleh memilih tetapan untuk rakan mereka melihat post anda.

Proses menggunakan promoted post sangat mudah. Hanya klik butang yang berada di bawah setiap post anda di Facebook. Kadar bayaran yang tetap memudahkan proses tetapi promoted post ini kekurangan pilihan targeting yang ditawarkan oleh iklan Facebook tawarkan.

 

Sponsored Stories

Ini adalah satu bentuk iklan Facebook yang menunjukkan interaksi pengguna contohnya likes dan rakan mereka. Sponsored stories mengetengahkan konsep pemasaran mulut ke mulut (word of mouth marketing). Pengguna mungkin memberi lebih perhatian kepada sesebuah page jika dia lihat yang lebih daripada tiga rakannya like page itu. Objektif utama sponsored stories adalah untuk memastikan bahawa pengguna bertindak sama seperti rakan mereka.

Pengiklan boleh memilih untuk memaparkan likes rakan jika mereka mahu menjana lebih banyak likes. Sebuah perniagaan mungkin mahu menunjuk rakan yang telah menuntut tawaran/promosi tertentu jika mereka ingin lebih banyak pengguna turut menuntut tawaran itu. Sesetengah pengguna mengabaikan post sebegini walaupun post tersebut memapar call-to-action (CTA) seperti tuntut tawaran atau like page.

Sponsored stories terletak pada kedudukan yang strategik membolehkan ia muncul pada bahagian tepi kanan dan news feed. Ini satu-satunya format yang anda akan jumpa di alat mobile. Penggunaannya tidak terhad kepada tawaran dan likes tetapi boleh juga digunakan dengan kesemua aplikasi Facebook Open Graph.

Contohnya, jika rakan anda telah memuat turun game Scramble bersama dengan rakan yang lain, sponsored stories Facebook akan menayangkan kepada pengguna yang lain yang rakan mereka baru sahaja bermain Scramble. Fungsi ini juga didatangkan dengan ajakan untuk mencabar rakannya untuk bermain game yang serupa.

Menurut Facebook, sponsored stories menjana kadar yang tinggi untuk CTR sebanyak 46% dan CPC yang rendah sebanyak 20% berbanding iklan Facebook yang lain. Ini menjadikannya antara alat pemasaran Facebook yang paling efisien. Anda boleh membina sponsored stories dengan mudah menggunakan aliran Facebook Ad Create. Tambahan pula, open graph sponsored stories yang mempunyai call-to-action yang khas menggalakkan pengiklan menggunakan aplikasi online yang ditawarkan pihak ketiga.

 

Facebook Open Graph

Aplikasi ini membenarkan pelabur (investors) melabelkan tindakan pengguna menggunakan aplikasi mereka. Kami mempunyai berbilion interaksi yang diterbitkan menggunakan Facebook Open Graph. Syarikat boleh mencipta aplikasi pihak ketiga yang berhubung dengan pengguna dan memaklumkan menerusi notification setiap kali pengguna melakukan tindakan tertentu menggunakan aplikasi tersebut. Facebook Open Graph membenarkan beberapa interaksi kreatif di kalangan pengguna melangkau komen dan likes biasa.

Sesetengah post memerlukan pengguna untuk membaca, merasa dan mendengar. Idea ini pada dasarnya adalah untuk menjana idea untuk perniagaan. Apabila aplikasi atau laman web menggesa pengguna untuk log masuk ke akaun Facebook mereka, ia selalunya tidak berkaitan dengan Facebook Open Graph. Contoh terbaik bagaimana Facebook Open Graph telah menjadi alat pemasaran Facebook yang berkuasa adalah Spotify.

Ia diikuti dengan permohonan kebenaran yang kebanyakan pengguna klik tanpa berfikir panjang. Anda mungkin menyedari yang anda telah memberi kebenaran kepada lebih daripada 200 aplikasi dan anda mungkin tak ingat penyebab tindakan anda ini. Spotify kemudiannya boleh memainkan jenis lagu yang didengari pengguna kepada news feed rakan anda selagi ia telah memperoleh kebenaran.

Anda akan sedar yang pengguna mempunyai pelbagai pilihan. Mereka boleh like lagu itu, dengan bersama atau menandakan lagu itu sebagai kegemaran (favourite) di Spotify. Ini merupakan tindakan unik yang ada pada open graph yang menonjol dalam news feed yang penuh dengan post yang berterabur. Kebanyakan game Facebook kerap menggunakan tindakan open graph dengan menerbitkan notis setiap kali pengguna melepasi sebuah level atau memperoleh pencapaian. Tindakan ini dikategorikan sebagai satu bentuk baru cerita pengguna yang mengambil kesempatan fenomena word of mouth. Post open graph ini lebih dekat dengan pengguna kerana ia dijana oleh rakan mereka. Facebook Open Graph merupakan alat pemasaran Facebook yang terbaik dan terbaru yang tidak dijana oleh jenama.

 

Facebook Exchange

Facebook Exchange membolehkan pengguna untuk menggunakan retargeting iklan pada laman web menerusi proses bida dalam masa yang sebenar (real time). Sebagai pengiklan anda boleh menyasarkan pelanggan berdasarkan data history laman web. Jika pengguna melawat sebuah laman web tanpa melakukan pembelian, penjual boleh menunjukkan iklan barang yang tidak dibeli itu di Facebook menggunakan Facebook Exchange.

Sementara Facebook hanya membenarkan iklan ini muncul pada bahagian tepi, iklan seperti ini baru-baru ini telah dibenarkan muncul pada news feed. Ia merupakan satu berita baik buat pengiklan Facebook Exchange kerana kadar tindak balas untuk iklan pada news feed berada dalam lingkungan 10 hingga 50 minit. Kadar ini lebih tinggi berbanding iklan yang berada di bahagian tepi.

Persoalannya ialah, bagaimana iklan Facebook Exchange ini berfungsi. Kadar CTR untuk iklan ini 40% lebih rendah berbanding iklan retargeting yang lain seperti yang ditawarkan oleh Google Display Network. Iklan retargeting yang lain juga cenderung untuk lebih murah dengan kos harga untuk setiap klik unik 80% lebih rendah berbanding iklan retargeting Facebook.

Dari segi kos setiap impression (CPM) and kos setiap klik (CPC), iklan Facebook Exchange agak murah. Oleh itu, manfaat kewangan bergantung sepenuhnya pada keperluan perniagaan anda. Angka ini boleh berubah apabila iklan Facebook Exchange mula muncul lebih kerap di news feed.

Singkatan PPC merujuk kepada bayaran bagi setiap klik (pay per klik). Dalam model iklan ini, pengiklan perlu membayar setiap kali iklannya diklik. Anda perlu membayar enjin carian setiap kali iklan anda diklik kerana ia membawa pelawat terus ke laman web anda. Kelebihannya adalah kebanyakan klik ini menghasilkan jualan yang besar. Anda mungkin perlu membayar $2 untuk satu klik tapi melakukan jualan sebanyak $500.

Saya dah terangkan jenis-jenis iklan di Facebook. Jadi, jika anda mencari bengkel latihan dalaman dan belajar lebih mendalam tentang Facebook. Sila hubungi kami di 0194715379

Penerangan Bengkel Facebook

Gunakan Pemasaran Facebook untuk berjaya dalam perniagaan anda! Sertai kursus ini untuk memaksimumkan fungsi iklan Facebook anda hari ini!

Objektif Bengkel Facebook

Anda akan mampu mengoptimumkan iklan Facebook anda untuk meningkatkan conversion dan mengurangkan kos. Anda boleh mencipta dan menggunakan setiap jenis iklan Facebook. Anda boleh mengembangkan bilangan likes dan penglibatan post di Facebook page anda. Anda boleh mencari pelanggan baru yang akan membantu meningkatkan jenama anda melalui pemasaran sosial. Sertai bengkel untuk belajar bagaimana untuk membawa jenama, produk atau perkhidmatan anda ke peringkat seterusnya dengan kuasa Pemasaran Facebook!

Jangkaan Hasil Pembelajaran

marketing-tool

Membina Facebook Page yang optimum

budget

Boleh memilih bajet yang sesuai dengan matlamat pemasaran anda

ads

Memahami jenis-jenis iklan di Facebook

fb-ads

Mencipta Iklan Facebook

Bengkel Ini Sesuai untuk:

Pemilik syarikat SME atau sesiapa sahaja yang mencari cara untuk mengembangkan pengguna atau pelanggan organisasi sedia ada atau sesiapa yang mencari cara untuk menambah kemahiran digital kepada kemahiran pemasaran sedia ada.

Isi Kandungan Bengkel Facebook

Teknik dan Pendekatan Latihan

  • Penggunaan pakar teknikal dan subjek
  • Nota bengkel yang tepat dan relevan untuk setiap peserta
  • Kajian kes dan simulasi perniagaan tersendiri dan sesuai
  • Penggunaan internet meluas sepanjang bengkel
  • Perbincangan Kumpulan
  • Whiteboard dan flip chart

Tempoh Bengkel : 2 Hari

Modul Bengkel Facebook

Memahami Facebook Campaign Ads Manager

- Memahami perbezaan antara trafik, conversion atau penglibatan (engagement)
- Bagaimana untuk menetapkan objektif pemasaran anda di Facebook
- Memahami set iklan, kedudukan iklan dan sasaran pelanggan

Ulasan Kajian Kes

- Ulasan kajian kes yang berjaya dalam industri farmaseutikal dan bagaimana anda boleh meniru teknik mereka
- Do’s-and-Don’t dalam pengiklanan Facebook
- Ketahui bagaimana untuk menguasai algoritma edgerank

Kempen Pemasaran Facebook

Dalam modul ini anda akan belajar bagaimana mengenal pasti sasaran pasaran, pelajari bagaimana membina ads dan pelajari bagaimana mempromosikannya.
- Bagaimana mengenal pasti pembeli berpotensi untuk industri farmaseutikal
- Jenis iklan untuk digunakan di Facebook.
- Bagaimana menggunakan Canvas untuk mencipta dan menyunting iklan.
- Memahami Lookalike Audience

Berminat Untuk Menyertai Bengkel Facebook?

arrow

Hubungi Cath @ +60 12 323 0881

cath@dmhubtraining.com

Nama Anda (required)

No Telefon (required)

Emel Ands(required)

Pertanyaan Kursus (required)

Mesej Anda

Free WordPress Themes